Rancang perjalanan
Semua pakej Inbound
INBOUND · HANIFF TRAVEL SERVICES

Taman Negara Pahang — Day Trip

Alami Keindahan Hutan Hujan Tropika Tertua di Dunia!

1 Hari · Kuala Tahan, PahangTrip setiap hariRM170 / seorang
Tanya pakej ini

Terokai keindahan alam semula jadi Taman Negara Pahang bersama Haniff Travel Services! Nikmati pengalaman pengembaraan yang menggabungkan keindahan hutan hujan tropika, keseronokan aktiviti sungai serta peluang mengenali budaya dan kehidupan masyarakat Orang Asli.

Pakej Day Trip ini sesuai untuk keluarga, pasangan, kumpulan rakan-rakan dan pencinta alam yang ingin menikmati pengalaman percutian menarik dalam masa satu hari.

Aktiviti menarik

  1. Canopy Walk

    Nikmati pengalaman berjalan di laluan gantung sambil menyaksikan keindahan hutan hujan tropika dari aras tinggi.

    Tertakluk kepada kekosongan harian, sekitar 350 tiket sehari.

  2. Jungle Trekking — Bukit Teresek / Lubuk Simpon

    Rasai pengalaman meredah hutan sambil menikmati udara segar dan suasana alam semula jadi. Trekking ke Lubuk Simpon merupakan pilihan sekiranya tiket Canopy Walk tidak diperoleh.

  3. Lawatan Kampung Orang Asli

    Kenali budaya, tradisi dan cara hidup masyarakat Orang Asli melalui pengalaman lawatan yang unik dan bermakna.

  4. Rapid Shooting

    Rasai keseronokan menaiki bot menyusuri sungai dan meredah jeram. Bersedia untuk pengalaman yang mencabar dan basah!

    “Layan jeram, basah 200%”

  5. Makan Tengah Hari di Restoran Terapung

    Nikmati hidangan makan tengah hari sambil bersantai dalam suasana sungai dan kehijauan Taman Negara.

Pakej termasuk

  • Aktiviti lawatan seperti dalam pakej
  • Nature Guide
  • Permit masuk Taman Negara
  • Lesen kamera
  • Sumbangan Orang Asli
  • Bot Crossing
  • Bot untuk aktiviti Rapid Shooting / Orang Asli
  • 1 kali makan tengah hari di Restoran Terapung

Percuma tiket Canopy Walk

Tertakluk kepada kekosongan harian. Hanya kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas dibenarkan menyertai Canopy Walk.

Maklumat pakej

  • Destinasi: Taman Negara Pahang, Kuala Tahan
  • Tempoh: Day Trip (1 Hari)
  • Kekerapan: Setiap hari
  • Harga: RM170 seorang

Nota penting

  • Aktiviti Canopy Walk tertakluk kepada kekosongan tiket harian.
  • Jumlah tiket Canopy Walk adalah terhad kepada sekitar 350 orang sehari.
  • Kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas sahaja dibenarkan menyertai Canopy Walk.
  • Jungle Trekking ke Lubuk Simpon merupakan aktiviti pilihan sekiranya tiket Canopy Walk tidak diperoleh.
  • Susunan aktiviti tertakluk kepada keadaan cuaca, keselamatan dan operasi semasa.

Jom teroka Taman Negara Pahang!

Alam semula jadi, pengembaraan dan pengalaman budaya — semuanya dalam satu perjalanan!

Cipta kenangan indah bersama keluarga dan rakan-rakan dengan pengalaman Day Trip yang menyeronokkan di Taman Negara Pahang.

Tempah pakej anda sekarang!

Tempahan & pertanyaan

Haniff Travel Services Sdn. Bhd. · MOTAC 8046
Travel With Confidence

Isi pertanyaan untuk pakej ini →

Hubungi staf HTS untuk mengesahkan tarikh, kekosongan dan syarat sebelum tempahan.