Rancang perjalanan
Semua panduan travel
PANDUAN HTS · BACAAN RINGKAS

Checklist sebelum berlepas

Dokumen, bagasi dan perkara kecil yang mudah terlupa.

Dikemas kini: 10 Oktober 2026

Semak dokumen

Pastikan nama pada tempahan sama dengan dokumen perjalanan. Semak tempoh sah pasport, visa atau kebenaran masuk mengikut negara destinasi dan kewarganegaraan anda.

Simpan maklumat perjalanan

Sediakan salinan tiket, tempahan hotel, itinerary dan nombor staf HTS. Simpan satu salinan yang boleh dibuka tanpa internet.

Susun barang penting

Asingkan dokumen, pengecas dan barang keperluan yang mudah dicapai. Labelkan beg dan timbang bagasi sebelum keluar rumah.

Semak sebelum bergerak

Semak terminal, waktu penerbangan, tempat berkumpul serta had bagasi pada tempahan sebenar. Keperluan setiap syarikat penerbangan dan destinasi boleh berbeza.

Semak maklumat terkini dengan pihak berkuasa destinasi dan syarikat penerbangan sebelum berlepas. Panduan ini tidak menggantikan syarat perjalanan pada tempahan anda.

Tanya staf HTS